Sepasang suami dan isteri sedang berbual tentang mereka..
si suami memulakan pertanyaan...
Suami: Sayang...awak bahagiakah selama hidup dengan abang..
Isteri: alhamdulilah.. saya cukup bahagia, dari mula saya mengenali abang..
Suami:MasyaAllah... betul ke? tapi abang masih belum mampu untuk melimpahkan harta untuk keluarga kita.
Isteri: abang...saya terima abang seadanya, apa yang ada lebih dari cukup buat saya.. saya bersyukur kehidupan kita hari ini jauh lebih baik...
Suami: Tetapi abang masih banyak kekurangan sebagai seorang suami.
Isteri:Abang...perkahwinan bukanlah menerima kesempurnaan, sebaliknya lengkap- melengkapi, kita manusia biasa, saya juga ada kelemahan yang mesti saya baiki,saya cermin bagi abang, dan abang adalah cermin bagi diri saya.. melihat kekurangan abang itulah kekuatan saya, kekuatan saya adalah kehebatan abang sebagai suami, kita saling memerlukan antara satu sama lain..
Suami: Tapi abang takut abang tak membahagiakan awak, sementara awak nampak cukup tenang berdepan setiap kekusutan
Isteri: Abang.. saya dijadikan dari tulang rusuk awak...kedudukkan saya di tengah- tengah tulang rusuk kiri abang iaitu dekat pada hati abang, jangan luruskan saya..kerana saya mungkin akan patah... biarkan saya berkeadaan asal, awak akan selesa nanti dan sebagaimana Allah menciptakan Hawa buat Adam a.s, saya pasti Allah juga temukan saya dan Abang, dan dari pertemuan itu menjadikan saya manusia yang tidak putus-putus bersyukur pada Ilahi, bukan kerana apa yang ada pada diri abang, tapi kerana jodoh ini adalah anugerah Allah buat saya...
Suami: Maafkan abang kan jika masih gagal sebagai seorang suami yang hebat.
Isteri: Shhhh... bukan gagal sayang.... tapi belum sampai masa untuk menghasilkan kejayaan, kita masih ada waktu untuk memperbaiki kelemahan, asalkan kita sedar dan akui kelemahan kita sebagai hamba Allah,saya juga impikan untuk menjadi isteri yang solehah, walaupun saya sedar saya tidak layak untuk gelaran itu, tapi setidak-tidaknya saya mencuba dan berusaha menjadi diantara yang solehah, insyaAllah. doakan saya...
Suami: Abang harap awak bahagia, dengan apa yang awak rasakan..
isteri: Abang... awak memahami situasi saya, percaya kepada saya, terima saya seadanya, itu sudah cukup buatkan saya bahagia..
suami: Terima kasih... sayang.
isteri: kasih abang sentiasa ada menemani saya sepanjang masa..
Dan giliran isteri bertanya kepada suami...
Isteri: Dan abang... adakah rasa bahagia beristerikan saya, yang lemah sini sana..
Suami: Bahagia awak...bahagialah abang.. yang lemah itu kerana abang juga punya kelemahan yang sama kita baiki bersama..
Isteri: Maafkan saya, jika saya tidak sempurna di mata abang..
Suami: Di mata abang.. ada kekuatan yang abang tak dapat dari sesiapa.. di mata abang ada semangat yang membakar jiwa, di mata abang ada kesejukkan yang mententeramkan, di mata abang ada kasih yang cukup luas.. tidak sempurnakah itu??
Isteri: tapi saya tidak sehebat isteri- isteri Rasulullah..
Suami: Kerana abang juga bukan Rasulullah, dan abang tak pernah mengimpikan isteri abang sesempurna itu, cukuplah seorang isteri yang punya Iman di hatinya.. berpengetahuan agama, bijak mengurus keluarga, bijak mengunakan akal dan hati.. cukuplah bagi abang..
Isteri: Terima Kasih sayang... Terima kasih ya Allah..
Suami: kasih sayangmu abang pegang hingga keakhir hayat nanti... Terima kasih Ya Allah..
********
hakikatnya.. .kita sendiri yang harus mencari jalan penyelesaian di setiap kekusutan, Jangan sekali-kali kita menempelak, menyindir atau membiarkan pasangan kita keseorangan. Buktikanlah, kita sentiasa ada di sisi Walaupun adakalanya (pada pandangan kita) dia yang bersalah… jangan dipersalahkan atau mencari salah siapa, sebaliknya perbetulkan sahaja, kerana hanya cinta semata-mata tidak akan mampu mempertahankan keharmonian sesebuah rumahtangga sebaliknya Perkahwinan yang dimulakan dari perasaan cinta dan disempurnakan dengan rasa tanggungjawab Cinta itu adalah satu rasa yang berteraskan perasaan. Perasaan itu perlukan kekuatan jiwa dan kematangan akal untuk memastikan segala yang dibina tidak musnah begitu sahaja, saat berhadapan dengan ujian Allah, dalam menempuh kemelut rumahtangga kita perlu kuatkan akal dan hati, bertenang, dan cuba bersangka baik dengan ujian Allah, bersihkanlah hati dengan mengingati Allah, hati akan bersih kita dan jiwa akan mendapat ketenangan, segala yang berlandaskan iman dan tawakal kepada Allah akan menjadi lebih baik dan mudah...
"Bila aku menyayangi seseorang, difikiran aku hanya memikirkan tentang dirinya, bukan hanya memikirkan untuk Kepentingan aku sendiri, sebaliknya demi yang dinamakan bahagia, suami yang mesti aku utamakan, diwajahnya aku melihat sebagai sahabat, kekasih dan teman, aku susuri ranjau kehidupan dengan cinta di hati, menyelusuri makna kehidupan dengan berbekalan iman serta tawakalku hanya kepada Allah, moga cahaya iman mengundang cinta terus ke dalam jiwa dan rasa bahagia kekal hingga keakhirnya"
AMIN...

No comments:
Post a Comment