Tuesday, 20 September 2011

'BAJU CINTA'


Seorang nenek tua terlalu rindukan cucunya yg baru berkahwin, lalu pergi menziarahinya. Sebaik sahaja cucunya membuka pintu, terkejutlah nenek itu melihat cucunya yg tidak berbaju.


Nenek : Kenapa tak berbaju ni? Tak senonoh!!
Cucu   : Alamak nek! Saya sedang menunggu kepulangan suami saya pulang dari kerja luar. Sudah seminggu dia ke Singapura. Inilah 'baju cinta' saya, sengaja saya begini untuk menyambut kepulangannya.


Nenek : Oh,nenek faham! Baik nenek pulang dulu, mengganggu saja.
Cucu   : Terima kasih nek kerana memahami.


Nenek tersebut pun pulang ke rumah dan semasa dlm perjalanan dia mendapat idea untuk memikat semula hati datuk. Sampai di rumah, nenek pun mandi dan berwangi-wangian sebelum datuk pulang. Setibanya datuk di rumah..


Datuk : Eh, apa nak jadi dengan awak ni?!
Nenek : Saja saya sarungkan 'baju cinta' ni.Mana tau awak teringat aman muda kita dulu


Datuk : Ingat tu memanglah ingat, tapi dulu 'baju cinta' awak licin, yg ni berkedut seribu.. lain kali gosoklah dulu
Nenek : ?????

1 comment: